Sunday 29 November 2015

GAMBAR DAN VIDEO JENAZAH YUS JAMBU DIBAWA KE PERLIS UNTUK DIKEBUMIKAN

Innalillahiwainnalillahirajiun.
#YusJambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita semua malam tadi akibat sesak nafas.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Nurul Iman Kg Nesam Bintong Perlis untuk dikebumikan selepas Zohor hari ini.
Semoga roh Allahyarham #PakYus ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman.



Innalillahiwainnalillahirajiun. Video Jenazah Yus Jambu Di Bawa. #YusJambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39...
Posted by Kaki Share on Sunday, November 29, 2015

Innalillahiwainnalillahirajiun. #YusJambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita semua malam tadi akibat sesak nafas. Jenazah akn dibawa ke Masjid Nurul Iman Kg Nesam Bintong Perlis untuk dikebumikan selepas Zohor hari ini. Semoga roh Allahyarham #PakYus ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman. Kredit @officialhlive
Posted by ERA fm on Sunday, November 29, 2015



LUAHAN HATI TAUKEY JAMBU APABILA RAKANNYA MENEMUI ILLAHI

Ketika pihak wartawan mendekati pelawak terkenal iaitu Taukey Jambu dan ingin dia kongsikan perasaan kerana kehilangan kawannya.... dan dalam keadaan menangis tersedu-sedu Taukey berkata dia tak mampu lagi untuk menjawab soalan... dia tak mampu tanpa Pak Yus.... bukan sahaja Taukey tapi artis lain juga di lihat seperti terlalu sebak masing-masing meratapi pemergian Pak Yus... terutama rakan karibnya juga iaitu Afdlin Shauki ketika masing-masing di wad hospital selayang pagi tadi.

Kami mengharapkan arah Taukey tabah selalu jodoh, ajal maut semua takdir tuhan, kita sebagai manusia ni yang masih bernyawa teruskan hidup yang sedia ada.


Baca : LUAHAN SEBAK AYAH YUS JAMBU MENGENAI ARWAH ANAKNYA

Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.

“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.

Astro Gempak difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.
Teks Oleh: Khalid Rahman

Lawak Dalam Kenangan :


LUAHAN SEBAK AYAH YUS JAMBU MENGENAI ARWAH ANAKNYA


'Bukan merajuk tapi tak ada kerja!'-Yus Raja Lawak


Klik Untuk Besarkan
#SEBAIK saja dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim pertama tiga tahun lalu, nama Yussry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus boleh dianggap sepi apabila kemunculannya di persada seni tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya yang lain seperti Zizan, Nabil dan Kumpulan Sepah yang jauh lebih popular berbanding dirinya.....
#Kecewa dengan tawaran yang tidak kunjung tiba, Yus dilaporkan membawa dirinya pulang ke kampung, dia dikhabarkan merajuk dengan industri hiburan yang seolah-olah meminggirkan dirinya, beliau umpama anak tiri di gelanggang Raja Lawak! Hampir dua tahun Yus menyepikan dirinya sehingga ada dakwaan yang mengatakan Yus sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni!....

#Tidak cukup dengan itu, Yus juga dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yang dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya. Justeru, Yus dianggap tidak menghargai hadiah yang diperoleh hasil daripada undian peminatnya, sekali gus mengundang pelbagai perspektif negatif di mata orang ramai. Selain berdepan kesempitan hidup gara-gara tidak banyak peluang berlakon, Yus juga dikatakan dipinggirkan saudara kandungnya sendiri. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin itu? Kesempatan bertemu Yus di Bachok, Kelantan, baru-baru ini, cuba merungkai segala persoalan terhadapnya ketika Yus diberi peluang memegang watak pelakon pembantu menerusi telefilem Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya.....

>> “Nak kata merajuk tu tidaklah sampai begitu sekali, tapi saya ambil keputusan pulang ke kampung sebab tak ada tawaran berlakon, tak ada job! Selepas menang Raja Lawak memang ada tawaran, tapi selepas tu lama saya tak ada job. Saya pun fikir-fikir, nak duduk di Kuala Lumpur ni, kos sara hidup tinggi, lebih baik saya balik kampung, bukannya merajuk......
“Memang saya rasa terkilan sebab tak ada job, sedih... Tawaran tu bukannya tak banyak, tapi memang tak ada langsung! Persembahan Gempaq Selebriti Astro, ada juga saya diundang tiga, empat kali, tapi selepas itu dah tak ada lagi. Ada kalanya saya terkejut juga sebab tak ada job langsung. Orang kata saya kekurangan dari segi fizikal, sebab tu tak ada tawaran, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, bagi saya apa yang berlaku ni, rezeki tak memihak kepada saya.....

“Saya pun ada peminat tersendiri, mungkin pada ketika itu memang betul saya tak ada rezeki. Mungkin juga orang tak panggil saya berlakon sebab tak ada karakter sesuai dengan diri saya. Dah tak ada apa-apa yang boleh saya buat di Kuala Lumpur, saya baliklah ke Perlis. Saya buat kerja lama sayalah, mengajar tarian atau main teater,” katanya....
Yus juga menjelaskan, dia menetap semula di kampung agak lama iaitu kira-kira dua tahun selepas tak ada langsung peluang diberikan kepadanya....

“Justeru, saya nak perbetulkan tanggapan orang, selama dua tahun saya balik ke Perlis, bukannya merajuk kepada industri seni, sebaliknya saya tak diberikan peluang langsung. Saya tak mampu tinggal di Kuala Lumpur. Saya pun bukan orang senang, saya pun dah tak ada keluarga, mak ayah dah tak ada.....

“Dulu kalau sesak-sesak boleh jugalah minta duit daripada mereka. Kalau di Perlis, kos sara hidupnya rendah, setakat RM2 dah boleh makan. Kalau tak cukup makan, rumah jiran-jiran di kampung, bolehlah saya tumpang makan, tapi kalau di Kuala Lumpur, mana ada orang nak bagi saya makan...

“Kadang-kadang kalau di kampung, ada show, bayar sekadar RM300 pun saya ambil, tak ada masalah. Bagi saya, RM300 pun dah besar sangat. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan nasib, atau rasa diri ini anak tiri, sebaliknya saya lebih percaya kepada rezeki, memang rezeki tidak memihak kepada diri saya. Rezeki itu memang ada, tapi pada ketika itu, Tuhan menurunkan rezeki kepada orang lain,” katanya.

Yus akui, rakan seperjuangannya seperti Zizan dan Johan, lebih menonjol berbanding dirinya ketika ini tetapi beliau tidak kisah atau berasa cemburu sebab percaya rezeki itu hak masing-masing.

“Lagipun Zizan dan Johan menyerlah dalam bidang pengacaraan, manakala saya lebih terarah ke bidang lakonan. Bagi saya rezeki masing-masing, perjalanan seni ini masih jauh, ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya pula kita di bawah,” katanya.

Merempat selepas bergelar juara Raja Lawak

“SEBELUM ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.

“Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.

“Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis. Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.

“Bukannya saya tidak menghormati perasaan peminat sehingga tekad menjual kereta berkenaan, sebaliknya saya benar-benar kesempitan wang. Tak ada tempat nak bergantung. Saya hidup merempat, lebih-lebih lagi apabila saya kehilangan orang tua. Saya akui, dulu memang abang-abang saya tak ambil tahu perihal diri saya, tapi sekarang ni Alhamdulillah, ikatan silaturahim itu sudah kembali jernih.

“Dulu memang saya terkilan, abang-abang saya tidak mempedulikan diri saya. Memang saya sedih, sebaik kehilangan orang tua, saya pernah berpuasa dan berhari Raya seorang diri selama beberapa tahun. Saya menangis seorang diri apabila saudara kandung sendiri tidak ambil pusing mengenai diri saya. Tapi, berkat kesabaran, hubungan yang dingin itu, dapat dipulihkan semula.

“Sekarang saya lihat rezeki pemenang Raja Lawak musim terbaru seperti Wan, Achoe dan Idlan lebih terbuka luas. Sebaik saja mereka dinobatkan sebagai juara dan naib juara, terus mereka dapat tawaran berlakon, itu rezeki mereka. Pada masa sama, saya dipanggil untuk membintangi drama bersiri dan telefilem Tiga Budak Botak sebagai pelakon pembantu, jadi itu rezeki saya,” kata Yus.

Info Yussry

  • NAMA SEBENAR: Yussry Edoo
  • NAMA PANGGILAN: Pak Yus
  • TARIKH LAHIR: 15 Mac 1976
  • ASAL: Kampung Nesam, Batu Pahat, Perlis
  • KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
  • PENCAPAIAN: Juara Raja Lawak Astro musim pertama (2007)
  • FILEM: Seram (belum tayang)
  • DRAMA: Amit, Gerabak, Nurul Iman, Hanya Tuhan Yang Tahu, Caca Marba, Gitu-Gitu Apek, Tiga Budak Botak dan Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya
  • TEATER: Sri Mersing

Lawak Dalam Kenangan :


FOTO DAN KEJADIAN PELIK SEBELUM ALLAHYARHAM YUS MENINGGAL DUNIA

#Ni gambar dari seorang sahabat yang telah bergambar dgn Arwah sebentar tadi jam lebih kurang 10mlm, arwah nampak keletihan selepas perform, kelihatan tanda kalimah ALLAH didahi arwah.
DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..... Wallahuallam...
Al-Fatihah....

Nota : Sentuh Pada Gambar Untuk Besarkan Resolusi




Kuala Lumpur: Pelawak terkenal, Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal 

dunia dipercayai akibat sesak nafas, kira-kira 12 tengah malam tadi.
Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),

 Ahmad Abdullah, berkata Yus terbabit dalam program Raja Band anjuran 
Karyawan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
 di Dataran Merdeka, malam tadi.

"Allahyarham mengadakan persembahan bersama kumpulannya iaitu 
Lima Bara sebagai artis jemputan. Selepas menyanyi tiga lagu, arwah 
terus pulang pada 11.30 malam.
"Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu 

peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang

 dan disahkan meninggal dunia," katanya.


Baca Lagi : Kronologi Pemergian Allahyarham Yuz ( Video )









VIDEO KRONOLOGI PEMERGIAN YUS JAMBU

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين









KEJADIAN SEBENAR YUS JAMBU MENINGGAL TERJAWAB!


#Pelawak yang cukup menghiburkan kita dengan lawak spontannya, Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo dikhabarkan telah meninggal dunia sekitar jam 12.15 tengah malam tadi tadi di Hospital Selayang selepas mengalami  sesak nafas kerana serangan jantung.....
Beritu itu disahkan sendiri oleh rakan karib beliau Tauke Jambu melalui akaun Instagram miliknya......

Malah, Afdlin Shauki juga turut menyampaikan berita tersebut di akaun Facebook miliknya....

#Sehingga kini masih belum ada kemaskini terbaru tentang pemergian Yus. Ramai yang terkejut dan seakan tidak percaya dengan berita ini.  Takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.....

LAGI : 5 FOTO TERKINI KEADAAN PILU DI HOSPITAL


KEADAAN TERKINI JENAZAH YUS JAMBU DI HOSPITAL SELAYANG (5 FOTO)

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



Sahabat handai mula berpusu-pusu rakan artis Lihat SINI

>
>
>
>
>
>
>
>
>